Setiap perkara yang dilakukan oleh kita sebagai
manusia memerlukan teknik dan kemahiran. Jika dilihat pada teknik itu sendiri
membawa maksud cara atau kaedah bagi menciptakan sesuatu manakala kemahiran
pula merujuk kepada kecekapan atau kepandaian dalam melakukan sesuatu menurut
Kamus Dewan.
Sebagai contoh sekiranya pelajar ingin
bergurindam, pelajar yang mempunyai kemahiran atau teknik bergurindam yang mahir
sudah memiliki ilmu untuk bergurindam dan mempunyai keyakinan bergurindam di
hadapan orang lain. Tambahan lagi, mereka boleh menjadi wakil di mana-mana
pertandingan atau persembahan. Begitu juga dalam hal pembelajaran. Belajar
memerlukan teknik atau kemahiran yang tertentu. Teknik membaca untuk belajar
menentukan tahap pencapaian seseorang individu atau pelajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan