Isnin, 3 November 2014

Teknik teater membaca

Definisi teater membaca

Teater membaca adalah satu aktiviti drama yang melibatkan sekumpulan pelajar membaca sebuah cerita dengan intonasi yang betul disertai dengan penghayatan yang tinggi.

Secara ringkasnya teknik membaca teater ini merupakan satu cara menghidupkan sebuah skrip pendek. Skrip pendek tersebut boleh diambil dari buku teks.
Teater membaca melibatkan  pembaca membaca secara individu daripada skrip pendek.
Teater membaca dikenali sebagai ‘teater minda’ kerana audiens dibiar untuk membayangkan babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik daripada pembaca.
Persembahan sepenuhnya membaca teks.
Aktiviti ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan terbatas dan mimik muka.
Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka membantu murid-murid yang menjadi penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita yang disampaikan berlaku di hadapan mereka.
Tidak melibatkan ruang yang luas
Tidak perlukan latihan yang lama.
Boleh dilaksanakan secara spontan.
Sesuai dalam melatih keterampilan berbahasa, ia melibatkan gaya pengucapan dan penyampaian yang bersahaja serta bersesuaian dengan situasi dan watak yg dilakonkan.
Teater membaca ini menekankan aspek 'membaca'. 


Tujuan

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

Bagi teknik teater membaca ini, teknik yang boleh dilakukan dengan menggunakan Seloka Pak Kaduk ialah dengan aktiviti membaca dialog dan melakonkan watak Pak Kaduk itu sendiri. Sebagai contoh, guru menyediakan dialog-dialog watak Pak Kaduk pada kad bagi memudahkan pelajar membaca dan melakonkan watak Pak Kaduk. Selepas itu, guru memanggil beberapa orang pelajar ke hadapan untuk melakukan aktiviti tersebut. Kami memilih aktiviti seperti ini  kerana ia lebih menarik perhatian pelajar ketika pengajaran dan pembelajaran serta dapat mengasah bakat mereka.

Contoh ketika latihan teater membaca :

1 ulasan: