Membaca
radio merupakan salah satu strategi dalam membaca bersuara yang mempunyai
kepentingannya yang tersendiri. Membaca radio bertujuan untuk membolehkan
pelajar menyampaikan mesej menerusi pembacaan lisan dengan tepat. Selain itu,
membaca radio juga membantu pelajar untuk memahami sesuatu perkara dan dapat
merumuskan dan menyatakan semula mesej yang disampaikan secara lisan. Membaca
radio diperkenalkan hasil daripada analogi pekerjaan juruhebah radio yang
banyak bercakap kepada khalayak yang mendengar. Dalam teknik membaca radio ini,
fungsi pembaca adalah sebagai juruhebah radio, manakala pendengar memainkan
peranan sebagai pendengar program radio.
Teknik ini
memberi peluang kepada pembaca untuk berkomunikasi dengan tepat berdasarkan
mesej dalam membaca bersuara, manakala pendengar pula bertindak balas dengan
membincangkan, menyatakan dan menilai semula mesej yang disampaikan sama ada
mesej tersebut jelas atau tidak.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelasTerdapat 4 langkah yang boleh dilaksanakan dengan menggunakan teknik ini iaitu :
Langkah 1 : Guru menerangkan langkah-langkah teknik membaca radio kepada pelajar.
Pembaca memainkan peranan dengan membaca manakala pendengar mendengar perkara yang disampaikan. Pembaca sebagai juruhebah radio untuk menyampaikan mesej dan berkomunikasi dengan pendengar.Langkah 2 : Menyampaikan mesej.Pembaca ketika menyampaikan mesej mereka dibenarkan untuk menukarkan perkataan, memasukkan perkataan baru atau meninggalkan perkataan yang dirasakan tidak wajar untuk meningkatkan kejelasan maklumat yang disampaikan.Langkah 3 : Menyemak kefahaman.Pelajar yang menjadi pendengar mempunyai kawalan dan berhak ke atas rakan mereka yang menjadi pembaca. Pendengar boleh mengarahkan pembaca membaca semula apa yang dibaca dan pembaca harus mengulangi perkara yang diminta. Jika maklumat tepat, pembaca bertanggungjawab menyampaikan maklumat dalammasa yang singkat. Perbincangansebaiknya sekitar perkara yang didengar.Langkah 4 : Menyemak maklumat yang tidak jelas.
Sekiranya pendengar memberi maklumat yang bercanggah daripada perkara yang dibacakan oleh pembaca ketika perbincangan, pembaca bertanggungjawab menjelaskan kembali maklumat yang ingin disampaikan dengan cara menceritakan atau membaca kembali bahagian tersebut.
Aktiviti di atas dipilih bagi teknik membaca
radio kerana ia memudahkan pelajar mendengar sendiri melodi atau nyanyian
seloka dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dengan bantuan membaca
radio ini akan menarik minat pelajar untuk berlajar dan merangsang lebih cepat
bagi proses mengalami dan menghayati seloka berbanding dengan guru menyediakan
lampiran rangkap seloka sahaja.
Lagu Seloka Pak Kaduk :
Aduhai malang Pak kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Aduhai malang Pak Kaduk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan